Saturday, November 21, 2009

HATI INI...

Kadang-kadang rasa macam dah cukup bersedia nak hadapi apa saje kemungkinan yang jadi kat dalam hidup. Tapi, kadang-kadang rasa macam sangat tak bersedia. Mulut kadang-kadang cakap macam confident yang amat. Tapi, hati pulak masih was-was dengan setiap keputusan. Apa yang perlu dan tak perlu dibuat sekarang? Persoalannya....saya juga punya hati....
Different
by Vincen Tabatha

How are we so "different"?
If "different" is just a thing.
If we all have certain features,
What does "different" bring?
People filled with hatred,
Can't possibly see,
That there's not really "differences"
Between you and me.
Looks can't show "difference",
If they're just there to be seen.
If you don't look like someone else,
Why are they so mean?
If being "different" is what is wrong,
I'd rather not be right.
And I'd want to finish living,
Doing the "different" fight.

Wednesday, September 30, 2009

REZEKI TUHAN

Alhamdulillah.. Dapat sekepuk duit lepas issue cek kat bank. Rezeki Allah. Aku pun tak sangka rezeki aku ditetapkan sedemikian rupa. First thing yang aku ingat bila dapat duit berkepuk macam ni, of course la Allah Taala pasal tanpa redhaNya tak dapat la seperti apa yang aku terima hari ni, eh semalam actually. Yang kedua, sah-sah la untuk mak ayah. Yang seterusnya macam-macam jugak nak kena buat calculation ni. Jap, nak fikir barang seminit dua..

1) Mak & Ayah
2) Belanja KFC untuk mak, ayah, Alin & Cik Liza anak-beranak
3) Conference Sabah
4) Langsir 'pondok buruk' satu kayu
5) Rak buku mini-library
6) PTPTN-isy...boleh buat lupa pulak
7) Bayar balik compensation untuk biasiwa UM
8) Bayar hutang Wan-cam nak kena hold dulu ni
Tengokkan pada list ni, memang tak dapat rasanya nak buat saving bulan ni. Rasanya duit sekepuk itu akan aku gunakan sepenuhnya bagi melangsaikan segala macam benda-benda yang penting. Shopping? Tak dapat la kot. Nasib aku bukan shopaholic.. Apa-apa pun syukur rezeki Allah






Monday, September 21, 2009

EID MUBARAK....APA AKU RASA YE?

Hari ini seluruh umat Islam yang waktunya lebih kurang sama dengan Malaysia menyambut hari lebaran atau Hari Raya Aidilfitri untuk hari yang kedua. Rasanya mood raya untuk sesetengah makhluk tuhan yang bergelar manusia masih lagi ber'hip-hip horey'. Tapi, bagi aku setiap kali hari raya, tak kira la hari yang keberapa sekalipun, mesti moodnya tak berubah. Nak kata happy giler tak juga, tapi nak kata syahdu, sedih atau duka pun jauh sekali. Rasa macam biasa je.
Raya kali ni kami satu family tak balik kampung. Aku sebenarnya tak suka sangat balik kampung. Bukan lupa daratan tapi macam ada satu gap yang aku sendiri tak dapat nak rungkaikan. Tapi, kalau diberi pilihan, aku lebih suka balik beraya di Ipoh. Walaupun ada makcik je kat situ, tapi happening. Paling best kalau adik beradik mak buat gathering. Gempak betul la anak-anak Tok Dolah ni. Keluar pulak slanga kampung diorang yang sungguh aneh tu, memang boleh pecah perut la.
Beraya di Sungai Buloh ni ok je. Tapi, pagi-pagi lagi mood semua orang swing. Ada la satu makhluk ni dah buat hal. Bengang jugak aku. Sebab dia, kitorang semua dah kena fire pagi-pagi. Isy...malas la nak ingat. Sakit hati betul. Tapi, aku tetap happy sebab dapat cium tangan mak ayah, mintak ampun maaf kat diorang. Aku ni keras hati macam mak, tapi sepanas-panas aku, cepat jgak aku sejuk macam ayah. Kiranya, kombinasi gen mak ayah memang dah meresap dalam sanubari aku. Hehe..
Erm...Tahun ni aku tak dapat walau sekeping kad raya. Tak macam dulu-dulu, best giler masa dapat kad raya. Boleh gantung, boleh menunjuk-nunjuk dengan megahnya. Kihkih... Sekarang ni semua orang SMS, tak pun MMS. Even aku masih hargai pemberian secara digital macam tu, tapi macam kurang sikit feelnya. Serius! Tapi, moment paling best tentulah bila dapat SMS dari somebody 'U tak mintak maaf dari I lagi'.. Kahkah... Ok2, full-stop..
Jom tengok beberapa juadah yang tak seberapa yang sempat disediakan sempena raya yang sungguh sederhana ni.

Ini set soto air tangan bondaku. Aku rasa juadah ni sangat praktikal untuk jamuan di pagi raya. Bukan sahaja sangat mudah disediakan tapi memang cepat 'laku' pasal makanan berasaskan sup ni memang cepat je orang sambar. Tengok aje la gambar ni, ni baru satu family yang datang ziarah, tak campur kitorang yang memang 'soto fans'..Hehe...


Walaupun jauh dari kampung, lemang dan rendang memang kami tak tinggal la. Tapi, lemang tu macam tak berapa lazat sangat. Mungkin makcik yang kitorang biasa beli ni tak menang tangan terima tempahan sampai termasin sikit rasanya. Biasanya lemang makcik ni memang tiptop la. Pergh!! Sedap betul cicah lemang dengan rendang ayam ke, rendang daging ke...

Ni pulak koleksi kuih raya yang 100% buatan tangan mak orang lain. Kehkeh... Takdelah canggih sangat kuih-kuih raya kitorang. Kebanyakkannya kuih-kuih yang yang kami suka makan dan mudah didapati. Tempeyek, kacang tepung, popia kecik (aku tak tau namanya), kek lapis Sarawak perasa mocha...Punyalah aku pulun. Sedap giler!

Hah, yang ni pulak stok-stok untuk isian semula bila balang-balang kuih kat hall dah licin. Macam banyak je kan? Padahal sikit je sebenarnya. Aku suka sikit-sikit, Biar tak membazir dari terbuang tak makan.


Saturday, September 19, 2009

SESI KEMAS-MENGEMAS

Pergh!!! Rasa sesak nafas menyental segala macam anak cucu habuk kat hall ni. Macam rumah yang tak pernah bersapu bertahun-tahun. Padahal, sapunya ada la jugak sekali-sekala. Memandangkan masing-masing punyai tuntutan tugas yang perlu didahului, kadang-kadng bab kemas-mengemas ni jadi terlengah atau mungkin sengaja dilengahkan. Alasan, penat bekerja.. Cliche! Anyway, tadi dapat la tukar sarung kusyen yang baru sikit, sapu lantai especially bawah kerusi yang dah macam berhabuk seinci tu, lap kerusi meja dan segala macam perabut yang berhabuk dan akhir sekali bentang carpet. Carpet yang hanya digunakan untuk hari raya. Kenapa hari lain tak guna? Jawabnya penuh dengan habuk dan dan rambut la pasal takde yang nak proses. Alin? Nasib mau jugak menolong walaupun sungguh la 'siput' menyelesaikan tugas-tugas mudah yang aku beri. Yang aku tak boleh blah tu, dia sedar diri tapi tetap juga menyiput. Ni dialog aku pagi-pagi buta tadi masa tengah mengemas dengan Alin.
Alin
: Kak Ila, Alin ni macam pahat dengan penukul kan?
Aku: Hah, tau takpe. Tapi, haram tak sedar-sedar pun.
Alin: Alin pun tak tau la Kak Ila. Alin sedar tapi tu la nak kena orang cakap jugak.
Aku: Apa punya spesies la kamu ni Azlinda. Nak Kak Ila mati sakit jantung ke? Tau kan..
Alin: Ye...ye...Kak Ila jangan la cakap pasal tu. Dah nak raya ni..
Aku: Tau pun. Tapi buat jugak. Meja yang Kak Ila suruh lap tadi dah buat belum?
Alin: Belum....hehe....
Sabar je la ada adik spesies siput ni!!!

Sunday, August 16, 2009

PECAH LOBANG DAAA....

Pehal la yang nak sorok-sorok sangat kat orang. Kalau kata nak jaga hati bini (oppsss...ex-bini) Akhil Hayy, rasanya bukan setakat terluka tapi dah sampai tahap nak kena cari penderma organ baru, ganti hati yang sedia ada pasal tak tahan tengok laki digosip dengan perempuan yang bertudung itu. Yang pelik bin ajaib tu, dulu la kan, mati-mati la cakap 'takde pape hubungan'. Tup-tup dah menikah pulak. Nampak sangat temberangnya. Rasanya Pak Belalang je yang kaki temberang tapi ada jugak orang pe'el Pak Belalang zaman moden ni. Eh, emotional lebih pulak. He3... Selamat berbahagia la hendaknya. Bak kata Wahid Melodi 'tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi'...zasss!!!

Saturday, August 15, 2009

TIKA GERIMIS...

Pergh...!! Macam sasterawan la pulak tajuknya. Kih3... Pasal frust tak dapat tengok teater Tun Razak the Musical, jadi terpaksalah kami berdua tukar plan ke Balai Seni Negara. Letaknya pun di sebelah Istana Budaya je. Disebabkan hujan turun renyai-renyaimaknanya adalah alasan nak merayap ke tempat artistik ni. Best jugak la pasal kami kan 'pencinta seni'. He3... Terserempak pulak dengan Radhi Khalid. Apa yang dibuatnya dekat situ wallahua'alam. Foto-foto ni semuanya di'snap' dengan penuh profesional pada petang tadi bersamaan 15 Ogos 2009, dan bukan 1 Januari 2008. Ni la sebabnya bila buta 'setting' kamera. Date pun salah. Main hentam je. Janji boleh 'klik-klik'... Lets check it out!

Bersama gajah-gajah yang manja

The colouful of life..

Patung itu cuba melakukan 'sesuatu' kepadaku. Erkk!!!

Senyum dalam paksaan... Letih giler!

Huh... Memang tak patut. Tak sempat nak get ready dah kena snap

Korang bandingkan la foto Siti ni dengan foto yang atas.. Memang tak patut betul!

Dua gadis comel. Kih3...

Geeeee..... Gigi sape paling ber'cavity'?

Kejelitaan Siti dari sudut belakang.. Amacam?

Cuba tengok betul-betul gambar abstrak Siti ni. Mesti dikagumi ramai..

Breaking the magician's code.. Haiyaakkk!!

Taraaa!! Show ended..

Thursday, August 13, 2009

BELASUNGKAWA USTAZ ASRI

Mengungguli arena nasyid tanah air dengan satu fenomena luar biasa menerusi irama-irama yang agak kontemporari. Walaupun Rabbani pernah dikecam kerana revolusi yang dibawa menerusi melodi nasyid yang agak modenis, tetapi Rabbani terus utus atas landasan yang satu, ingin memartabatkan syiar Islam menerusi medium nasyid. Muncul sebagai antara kumpulan-kumpulan nasyid terawal seangkatan legenda nasyid Raihan (Raihan selayaknya dianggap lagenda), survival Rabbani dilihat bertahan sehingga kini menerusi lagu-lagunya yang 'mesra telinga' serta perilaku sederhana yang ditonjolkan oleh ahli-ahli kumpulannya yang tidak pernah bersilih ganti ini. Semoga Rabbani masih bertahan walaupun Ustaz Asri tidak bersama kalian untuk bertemu penciptanya yang abadi..

Ustaz Asri dan Rabbani

Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1430 hijrah

Kata-kata ini saya ambil dari laman blog milik Ustaz Asri. Buat renungan bersama...

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat, aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali...al-faatihah